Sunday, February 20, 2011

Reply to Yan

Masih lagi tentang kino. ^_^ aku kang komen banyak2 dalam komen inbox ko..tak muat..baik wat new post terus. ^_^

Ye, aku pun rindu ngan kino. Rindu dengan gosip. Aku rasa gosip telah merapatkan kita semua. ^_^ Ngumpat pasal customer, eyeing customer yang agak2 comel, jumpe selebriti dan selalu jumpe Raja Nazrin , loker, tempat pantry.. giler cari satu buku satu kino..tidak pernah aku complain cari buku satu kino dan akhirnye cakap dengan customer "do you want to reserve it if I found it?" hahaha.
Setiap benda yang best, mesti ada nohtah.

Aku tak boleh nak komen banyak tentang download download ni. Aku adalah hantu download. Perasaan aku terhadap CD tidak hangat seperti kau memegang kekasih buat pertama kalinya. (best tak ayat?), tapi aku faham tentang buku menjadi kindle. Aku pun suka memegang buku dari elektronik. Perasaan memegang buku dan membaca buku yang aku suka sungguh indah, bagaikan diri dalam cerita tu sendiri. (pergh, ayat). You get my drift.

Dekat sini aku suka pergi kedai buku lama2. Murah dan bau buku yang lama ^_^ dan buku yang lama tak luka kan jari jemari ku. (paper cut). Kat kino dulu, tangan aku tak sah kalau tak der paper cut. ^_^ Paper cut tu pun aku rindu.

Tentang kemudaan, terus la rasa muda. Beneficial tu. Thoughts are powerful. Kalau act cam muda tu yang tak best.. mencari imbangan tu memang susah. Aku sendiri pun tak pernah rasa tua kecuali jumpa budak sekolah berumur 16 tahun. ^_^ Enjoy while it last.
Aku pun tak sangka umur nak dekat 30 tahun tapi seriously aku tak rasa aku layak atau mature enough to be 30 tapi umur mana ada kira ready atau tidak.

Oh ye, di sebabkan aku tak der wat pe2 semalam, aku download macam2 movie, dan salah satu nye Eat, Pray, Love. Aku tak sure la kalau ko dah tgk movie tu tapi aku intrigue sebab ko cakap ko paham die dan relate ngan die, so adakah ko rasa tertekan dengan keadaan sekarang? Adakah perasaan ghairah kau hilang? Tiada rasa ghairah tentang kehidupan? Atau adakah ko takut dengan cinta? Cinta kan bahaya. Boleh buat orang buta dan hilang diri sendiri..
Aku rasa semua orang pernah rasa begitu. Aku adalah orang yang selalu hilang diri sendiri di dalam percintaan. ya, aku mengaku.

Pelik kan? Walaupun jumpa seseorang yang tidak mahu mengubah apa2 tentang diri kita, kita sendiri mengubah untuk sesuaikan diri untuk dia kononnya. I learned it hard way. Live and learn eh? Pengalaman telah mengajar kita menjadi takut sebenarnya. Adakah itu yang ko curigakan?

Ok la. Nanti kita cerita lagi ye. Apa2 pun..sila jawab persoalan aku. ^_^

Walaupun aku jauh di mata mu , telinga ku dan perihatin ku tetap berada di sisi mu. (cam kekasih la pulak).




2 comments:

  1. aku pun diambang 30..
    wahahahha...serius rs x matang..heheheh

    ReplyDelete
  2. yes,ko telah membaca fikiran aku.mmg itulah yang aku plan for the next entry of my blog.nak review buku eat pray love tu and relate elizabeth gilbert punya experience ngan aku.sabaq na.aku kene cari ayat and nak fikir dalam keadaan mengantuk tu.Kino tu macam disneyland.hehe.sape yg keje lama skit,dapat kwn rapat masa pernah kerja kat kino and suka buku, baru boleh faham kenapa kita suka patah balik pada memori tu...tak kisahlah kat level mana pun hidup kita masa ni...

    ReplyDelete

Thank you for your lovely comments! I really enjoy reading it and interact with you! *kiss!*

nrelate

Disqus for Pretty Menawan