Sunday, February 20, 2011

Bahasa Budaya Kita

Masa aku di Sarawak, bahasa Sarawak menjadi bahasa rutin ku tapi aku tidak pernah terfikir pasal bahasa semanjung atau orang sarawak kata "bahasa orang malaya"ditutur dalam family aku.
Time kecik2, mana la tau beza, bile kawan sarawak aku tegur, "kenak ko klakar lain ngan famili kau, perasan sik? (kenapa kau cakap lain ngan famili kau, perasan tak?)"
masa tu baru aku perasaan .... heheh.. ye la.. famili sebelah Abah aku dari semanjung dan mak aku dari sarawak dan antara parents aku ngan aku, kitaorg cakap "bahasa malaya" tapi sesama parent aku diaorg cakap sarawak. Kira nya aku ni bilingual celup la jugak. huahuahua.

ape2 pon, dari sana aku rasa bahasa memain peranan yang agak besar untuk tentukan orang tu dari mana. Aku tak nak maksud kan dari luar negara, tak der kaitan tapi bila aku pindah ke KL, banyak sungguh bahasa stylo aku belajar. Seperti:


SELENGER

BENGAP

BANGGANG

AGAK2 CKIT

BENGKE


dan bahasa utara yg kekadang orang lain fikir aku dari Utara, dan aku rasa tak der la banyak benar member aku dari Utara. Tapi perkataan2 di atas tidak justified kalau tak di sebut, cam tak cun je ejaan. Maaf kalau salah.. tapi aku rasa tak der orang nak pakai ayat2 sebegitu, dah SOO YESTERDAY...

tapi sejak dua menjak dah berumur ni, banyak bahasa stylo telah muncul dan aku dapat idea ni pon sebab mamat ni.. sebab budak2 sekarang suka pakai ayat "ew" di belakang. Contoh : " begiteww kewww" dan kebanyakkan nye aku dah tak paham..

Time aku sekolah dulu bahasa "Fi" popular, bukan F*** tapi letakkan F di setiap ayat. contoh: Mafinafi kaufi perfigifi? --sila betulkan kalau salah. Tapi aku memang tak pernah nak fluent bahasa stylo itu. Tapi aku tak tau kenapa bila orang pakai bahasa "Fi" mesti nak gaduh atau gosip. Boleh di kategorikan sebagai bahasa Gosip agaknya. Apa motif bahasa "fi" aku sendiri pun tak tau, kata stylo kan?

Agak2 nya ada tak orang buat dictionary untuk bahasa stylo versi bahasa malaysia? Kalau tidak , mari kita buat untuk lawak diri sendiri.

Tapi lawak paling best aku dengar bile orang sarawak try nak cakap semanjung


A:hello, boleh saya bercakap dengan gitugitu?

B:hello, siapa kelakar (cakap) tu?

A: errr... *konpius*


comel je kan? ^_^

Dan apabila aku pindah di negeri yang cam peti sejuk ni, bahasa lagi konfius, *pening*

Apa-apa pun sila kasi perkataan yang STYLO untuk aku biar aku boleh berlagak bile balik Malaysia. Tak der la aku rasa ketinggalan ye... ^_^





No comments:

Post a Comment

Thank you for your lovely comments! I really enjoy reading it and interact with you! *kiss!*

nrelate

Disqus for Pretty Menawan