Thursday, January 20, 2011

Reply to Yan

surat kedua

Aku sememangnya pantas effektif apabila kau bercerita tentang neighbourhood.. Kebarangkalian itu sungguh luas sebab itu aku pantas menjawab "lelaki"? ;) you can't blame me...:D

Wah..nanti pabila aku pulang ke tanah air (sayu skit bunyi), aku pastikan kau akan membawa aku jalan-jalan cari makan sebab aku tahu kau telah arif tentang kawasann Damansara. Dari apa yang aku baca, aku merasakan Damansara sungguh sesuai untuk kau....dan aku bangga kau telah sungguh rileks mengenai subjek lelaki. Ye la, kalau nak ikutkan subjek itu tidak akan pernah ada nohtah. Sentiasa ada kesinambungan. Aku tahu kau bukan jenis yang hendak kahwin atas sebab2 yang kekadang aku dengar tidak munasabah. Kau lebih cerdik dr itu.

Menyebut pasal makanan, aku masih mengingati zaman-zaman mamak kita dan cerita-cerita cina yang sering ditayangkan . Dan kali ini, aku mahu makan di Sri Murni pula. Alamak..... lapar la pulak teringat kat Mee goreng sri murni... menyesal mention...

Betul kata kau, puaskan hati orang memang susah dan kekadang kita sendiri jadi marah. :(

Aku rasa yang penting kau puaskan hati sendiri dahulu, ya..bunyi sungguh mementingkan diri, tapi bila lagi?

Umur pun sudah menghampiri 3-0 an, masih muda lagi. :) dan we still loook good , baby! :)

whatever it is, Enjoy while you can!

Bukan ko ader list ke ? 100 things before you get married? :)

Macam mana progress? terlaksana?

Buat jangan tak buat:) Nanti dalam relationship, kena minta pendapat atau permission atau kena ajak... leceh kekadang..:)

Nak kata aku rindu dengan kehidupan single, kekadang ya. Tidak pernah aku nafikan.

Tetapi aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang..I won't trade it for the world.

Sebagai pendengar setia kau, aku sentiasa berharap kau jumpa kebahagian yang kau inginkan.




No comments:

Post a Comment

Thank you for your lovely comments! I really enjoy reading it and interact with you! *kiss!*

nrelate

Disqus for Pretty Menawan